Monday, May 19, 2014

on
Pasangan jarang bertemu lebih intim



Kajian terbaru mendapati, pasangan yang jarang bertemu mempunyai ikatan hubungan yang lebih erat dan intim berbanding mereka yang bertemu setiap hari.

Kajian sama mengatakan, pasangan yang mempunyai hubungan jarak jauh mengekalkan keintiman melalui panggilan telefon, kiriman mesej, emel dan panggilan video. Kaedah komunikasi ini membolehkan mereka membayangkan perilaku positif pasangan yang membibitkan rasa cinta.

Penyelidik dari City University of Hong Kong dan Cornell University memilih 63 pasangan, separuh daripadanya mengakui, menjalani hubungan jarak jauh sebelum mengumpul data mengenai tahap komunikasi mereka.

Secara purata, responden yang kebanyakannya berusia bawah 21 tahun berhubungan hampir dua tahun dan tinggal berjauhan selama 17 bulan.

Dalam seminggu, mereka melaporkan mengenai bagaimana mereka berkongsi pengalaman dalam usaha memupuk kemesraan dan juga maklum balas pasangan dalam usaha untuk menjadi lebih mesra.

Hasil kajian mendapati, pasangan berhubungan jarak jauh lebih terbuka berkongsi perasaan dan rasa lebih dekat.

"Walaupun budaya menyokong hubungan dua hala pasangan berhubungan secara fizikal dan bertemu dua mata untuk mewujudkan rasa keintiman, tapi ternyata hubungan jarak jauh yang bertentangan nilai juga ada kebaikannya," kata pengarang, Crystal Jiang.

Orang ramai tidak harus pesimis dengan hubungan jarak jauh.

Pasangan jarak jauh berusaha lebih berbanding pasangan yang sering berjumpa dan ternyata, ia berbaloi.


www.panduanintim.blogspot.com
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment